“Rotan mendidik bukan balas dendam”

KAMPUNG GAJAH – Kementerian Pelajaran perlu meletakkan garis panduan yang betul kepada guru yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar jika mahu perkara itu dikuatkuasakan kembali.

Bekas Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), Zamsuri Zakaria berkata, GMGBM telah lama bersetuju untuk melaksanakan hukuman rotan itu tetapi perlu ada garis panduan yang betul.

Menurutnya, mereka yang diletakkan tanggungjawab untuk merotan perlu diberi pendedahan atau latihan khusus cara-cara merotan yang betul.

:“Hukuman rotan yang dilakukan haruslah untuk mengajar dan bukannya untuk membalas dendam ataupun kerana perasaan marah seseorang itu kepada pelajar berkenaan.

:“Mereka yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan hukuman itu perlu diberi kursus atau pendedahan bagaimana untuk merotan dengan betul iaitu merotan untuk memberi pengajaran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

:Zamsuri berkata, Kementerian Pelajaran perlu memikirkan satu garis panduan yang betul supaya hukuman rotan yang akan dilaksanakan memberi kesan positif kepada pelajar yang menerima hukuman berkenaan.

“Ia perlu dikaji terlebih dahulu bagaimana untuk melakukan hukuman rotan supaya ia memberi kesan yang positif dan betul-betul memberikan pengajaran kepada pelajar berkenaan.

“Merotan janganlah dilakukan di hadapan khalayak ramai kerana ia boleh mengaibkan pelajar berkenaan dan ia boleh dilakukan di bilik tertutup seperti pejabat atau bilik guru,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi berkata, pengenalan semula hukuman rotan yang dihentikan pada 2006 lalu wajar diteruskan mengikut keperluan semasa.

Menurutnya, hukuman itu perlu dikenakan kepada pelajar jika mereka masih berdegil walaupun sesi kaunseling sudah dijalankan.

Sinar Harian: 13 September 2009

sumber : http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/

Ibu bapa marah dengan kejadian dialami Elton

13th September, 2009

KENINGAU: Kisah malang yang menimpa pelajar Tingkatan 3 SMK Gunsanad 2 – Elton John, 15, yang mengalami kecacatan sebelah badan, selepas dilempar dengan fail oleh seorang guru displin pada Rabu, menimbulkan kemarahan rata-rata ibu bapa di daerah ini.

Ibu bapa yang ditemui menyifatkan perbuatan guru tersebut sebagai melampau, dan tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang guru yang berpendidikan.

“Ia sungguh memalukan dan mencemar nama baik institusi perguruan,” jelas Mantan Pengerusi PIBG SMK Gunsanad – Aizan Mian.

Aizan yang sedih dengan kejadian itu, mahu pengurusan sekolah mencari penyelesaian terbaik berhubung dengan kes itu.

“Pelajar itu sudah cacat, dan beliau perlu dipulihkan seperti sedia kala, tetapi mampukah guru berkenaan mengambalikan sesuatu yang hilang daripada pelajar itu,” tegasnya.

Aizan amat kesal kerana kekasaran masih menjadi pilihan utama guru-guru untuk membetulkan displin pelajar di sekolah.

“Tidak adakah cara yang lebih mulia daripada itu,” sambungnya.

Pengerusi PIBG SK. Panagatan Keningau, Mohd Khairil Abdullah pula mahu supaya satu siasatan terperinci dilakukan ke atas guru yang terlibat.

“Kes melibatkan kecederaan ke atas pelajar sering kali berlaku pada era ini, sekaligus mencerminkan kualiti perguruan boleh dipertikai,” katannya.

Menurut Khairil, guru pada sebelum ini dan masa kini amat jauh berbeza.

“Apabila kes-kes seumpama ini sering kali terjadi, nilai seorang guru itu terlalu rendah,” katannya.

Seorang bekas pengerusi PIBG SK Meninipir – Salleh Benedict mengutuk perbuatan itu dan mahu agar guru serta pengurusan sekolah bertanggungjawab sepenuhnnya.

“Ia tidak memadai dengan sekadar mengucapkan ‘saya memohon maaf’, kerana pelajar itu kini cedera,” tekannya.

Salleh mahu agar perbuatan seumpama itu tidak akan berulang, dan institusi perguruan harus memastikan guru yang dilahirkan benar-benar berkualiti.

“Kenapa mesti menggunakan kaedah yang mirip kepada perangai samseng,” tekan seorang aktivis masyarakat Ebin Sombuting.

Ebin yang kecewa dengan kejadian itu mencadangkan agar satu kaedah perlu dibuat, untuk merawat mana-mana guru yang bermasalah.

Apapun tambah aktivis itu, penstrukturan semula mengenai kaedah memperkasakan displin dikalangan murid atau pelajar, perlu dibuat bagi memastikan sekolah itu benar-benar selamat untuk pelanggan.

“Apabila kes-kes ala samseng seperti ini berlaku, kita merasakan sekolah tidak selamat untuk anak-anak kita,” jelas seorang ayah yang hanya mahu dikenali sebagai Jimmy.

sumber : http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/31984

Kesal keadaan SMK Entilibon masih daif

ARKIB : 19/06/2008

<!–         –>

KINABATANGAN 18 Jun – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, membidas sikap pegawai dan kakitangan Pejabat Pelajaran Gabungan Lahad Datu yang mengabaikan kemudahan dan keselesaan para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entilibon di Telupid, dekat sini.

Katanya, tindakan mereka yang tidak melaporkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sabah mengenai kemudahan asas yang amat daif di sekolah terbabit melibatkan kerosakan kerusi, meja, kipas, tilam dan bumbung kelas itu amat dikesali.

”Saya kesal dengan sikap pegawai-pegawai Pejabat itu kerana tidak memberi laporan lengkap berhubung masalah kemudahan di situ sedangkan mereka bertanggungjawab penuh terhadap kebajikan sekolah ini.

”Mereka sepatutnya menjadi perantara untuk membantu mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan melalui wakil rakyat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, di sini hari ini.

Sekolah tersebut yang jaraknya kira-kira setengah jam perjalanan dari sini, mempunyai 500 pelajar dan 25 kakitangan, mula beroperasi pada tahun 2000 dan tidak mempunyai bilik sumber atau komputer.

Bung Moktar berkata, antara punca utama sekolah tersebut terbiar tanpa pembelaan sewajarnya ialah kerana pihak atasan di jabatan tersebut tidak turun padang melihat sendiri keadaan atau masalah di sekolah tersebut.

Justeru, katanya, beliau akan memanjangkan perkara itu kepada pihak Kementerian Pelajaran di Sidang Dewan Rakyat supaya segala kekurangan dan keperluan di sekolah tersebut dapat diatasi segera.

”Ini benar-benar mengaibkan bagi rakyat Kinabatangan, sepatutnya negara kita yang sudah pun 51 tahun merdeka, tidak perlu lagi berhadapan dengan masalah asas seperti ini,” tegasnya.

Bung Moktar mendakwa, perkara yang lebih mengecewakan ialah masalah itu sudah diadukan beberapa kali kepada pihak yang bertanggungjawab, tetapi sehingga kini, tiada sebarang tindakan susulan diambil.

”Ia bukan cerita yang direka-reka oleh golongan ibu bapa yang menghantar anak di sekolah itu, tetapi masalah yang benar-benar berlaku.

”Saya sendiri melawat sekolah ini dan melihat kedaifannya,” katanya.

Bung Moktar merangkap Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu meminta pihak jabatan turut memantau kekurangan atau kerosakan kemudahan asas di sekolah-sekolah lain di daerah ini.

sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm

Tunggak Masa Hadapan

S

ekolah Kebangsaan Entilibon dan Sekolah Kebangsaan Kiranggu merupakan dua buah pusat pendidikan formal yang disediakan oleh kerajaan kepada anak-anak Kampung Entilibon.

Sesuai dengan matlamat kerajaan yang ingin melahirkan modal insan cemerlang, kedua-dua buah sekolah ini telah melahirkan ramai anak watan yang berjaya dan ada antara mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan mahupun luar negara.

Kedua-dua buah sekolah ini turut menyediakan pendidikan pra sekolah. Tujuannya adalah untuk membiasakan kanak-kanak ini kepada persekitaran sekolah sebelum menempuh alam pendidikan yang sebenar. Bagi pendidikan peringkat menengah pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Entilibon menjadi pilihan. Bukan kerana faktor kedudukannya yang dekat dengan kawasan penempatan tetapi kewibawaan pihak SMK Entilibon telah melahirkan ramai insan cemerlang setiap tahun. Ini mengukuhkan lagi keyakinan mereka terhadap kredibiliti sekolah tersebut.

Antara mereka yang berjaya ialah Bernio Jaini, Jikin Maturik, Florence Donius, Rostina Thomas, Azlina Sipin, Suzia Jiwa, Helen Duani dan ramai lagi. Mereka adalah antara graduan universiti yang telah pun berjaya dalam bidang masing-masing sekali gus menjadi contoh dan pemangkin dalam perkembangan ilmu kepada generasi muda di sini.

sumber : http://telecentre.my/LWK/Template/TemplateContent.aspx?ContentID=6767

Masalah SMK Entilibon diatasi

Jumaat, 2009 April 24

KINABATANGAN 23 April – Masalah kekurangan kemudahan infrastruktur yang dialami Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon di sini akan diatasi apabila bangunan baru sekolah berkenaan siap tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, walaupun sekolah baru itu dibina dua kilometer dari sekolah asal tetapi ia tetap sebahagian daripada SMK Entilibon.

”Ini adalah antara langkah drastik kementerian dalam menangani kekurangan kemudahan infrastruktur di sekolah berkenaan,” katanya selepas meninjau beberapa sekolah di sini semalam.

Beliau yang dalam lawatan kerja meninjau sekolah di kawasan pedalaman Sabah ditemani Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin; Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol dan Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Normah Gagoh.

Selain kekurangan bilik darjah, SMK Entilibon turut mengalami kekurangan kemudahan asrama, rumah guru, bilik guru dan bilik multimedia.

Mengulas mengenai masalah di bangunan SMK Elopura Bestari yang sebahagiannya terbakar baru-baru ini, Mohd. Puad berkata, pihaknya akan melantik juru perunding bagi meneliti kos membaik pulih bangunan asrama yang terbakar itu.

”Bagi SMK Gum-Gum pula kita akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk membuat kajian berhubung dua blok A dan B bangunan sekolah ini yang tidak selamat lagi untuk digunakan,” ujarnya.

Beliau menambah, sebaik menerima laporan daripada JKR, kementeriannya akan mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, Kementerian Pelajaran akan berusaha memastikan sekolah-sekolah di luar bandar mempunyai kemudahan infrastruktur yang mencukupi.

Katanya, tinjauan awal di beberapa sekolah luar bandar di sini mendapati masih banyak yang perlu dilakukan bagi merapatkan jurang kemudahan antara sekolah luar bandar dan bandar.

”Jurang pendidikan ini perlu dirapatkan lagi supaya pelajar-pelajar di luar bandar dan pendalaman di sini dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa,” katanya.

Utusan Malaysia Online: 24 April 2009

sumber: http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009/04/masalah-smk-entilibon-diatasi.html

Asal Usul Kampung Entilibon

Kampung Entilibon terletak dalam Daerah Tongod, kira-kira 135 km dari Bandar Sandakan. Pada waktu dahulu, kampung ini telah di serang wabak malaria sehingga menyebabkan ramai penduduknya meninggal dunia. Keadaan ini menyebabkan penduduk kampung ini berpindah ke tempat lain kerana tidak sanggup dengan keadaan ketika itu.

Perpindahan ini menimbulkan ungkapan sontilib-tilibdalam bahasa Kadus yang bermaksud bertempiaran (run apart). Ungkapan ini juga boleh diertikan sebagai berterbangan, iaitu sama dengan keadaan penduduk kampung yang berpindah ke tempat-tempat lain. Di fahamkan ada penduduk asal kampung ini berpindah sehingga ke Daerah Keningau. Terdapat juga cerita yang mengatakan sebuah kampung baru telah di bentuk tidak jauh dari kedudukan kampung ini (di kenali sekarang sebagai Kampung Sanan). Kampung ini diberi nama Kampung Sanan disebabkan oleh ungkapan no’insanandalam bahasa Kadus yang bermaksud semua. Ini kerana hampir semua penduduk kampung yang di serang wabak malaria tadi berpindah ke kawasan baru tersebut.

Selepas beberapa tahun kampung tersebut di tinggalkan, tiada seorang pun yang berani menetap kembali kerana takut terkena wabak malaria. Keadaan ini juga turut menimbulkan ungkapan pintolibandalam bahasa Kadus yang bermaksud tidak di singgahi. Keadaan ini berterusan sehinggalah ada sekumpulan peneroka yang datang dan menetap di kawasan kampung tersebut. Ungkapan pintolibanini juga lama-lama berubah menjadi entilibon sehinggahlah sekarang.

Berdasarkan cerita En. Jaini Sayang. (BSK)

ps: sekiranya anda mempunyai cerita lain daripada ini, rajin2 lah bagi komen. atau kalau boleh, terus email dengan saya cerita yang ada pada kamu, pounsikou. admin (kmbob_jj@yahoo.com.my)

sumber: http://ensomboi.kadazandusun.my/2009/02/28/asal-usul-kampung-entilibon/

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..segala puji dan syukur kepada Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT kerana mengizin dan memberikan saya idea serta kemampuan untuk memulakan suatu warkah untuk SMK Entilibon. Semoga suatu usaha yang sedikit ini boleh memberikan manfaat kepada masyarakat terutamanya bagi warga SMK Entilibon yang terdiri daripada para guru, para pelajar, kakitangan tidak bukan mengajar (KTBM), bekas pelajar dan juga para ibu bapa pelajar.

Sempena bulan Ramdhan al-mubarak, bulan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Sselamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga SMK Entilibon yang beragama Islam. Semoga semua mendapat kemenangan setelah berpuasa selama sebulan. Ini kerana bulan puasa bukan hanya untuk berlapar dan dahaga, tetapi kita perlu menginsafi dan mendapatkan kesedaran yang mana masih ramai manusia didunia ini yang kelaparan dan hidup dalam kesusahan. Kita sangat beruntuk berada di bumi Malaysia yang begitu bertuah yang mempunyai makanan yang banyak dan rezeki yang berlipah-ruah. Marilah kita bersama-sama menjadi orang yang bersyukur.

Disamping itu juga, penulis ingin mengambil kesempatan dibulan yang mulia ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua warga SMK Entilibon sekiranya ada salah dan silap serta perkara yang menguris perasaan samada secara sedar atau tidak sedar sepanjang penulis bersama warga SMK Entilibon. Sekali lagi penulis juga mohon menghalalkan makan minum penulis sepanjang berada di SMK Entilibon sekiranya penulis ada termakan dan terminum yang menjadi hak warga SMK Entilibon. Semoga kita saling bermaaf-maafan dan warga SMK Entilibon mempunyai ikatan persaudaraan yang erat dikalangan warganya serta mempunyai akhlak yang terpuji.

Setakat ini sahaja untuk kali ini…semoga kita dapat berjumpa lagi..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.