Pengenalan

Salam dari Admin @ Penulis,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..segala puji dan syukur kepada Tuhan yang Maha Esa, Allah SWT kerana mengizin dan memberikan saya idea serta kemampuan untuk memulakan suatu warkah untuk SMK Entilibon (SMKE). Semoga suatu usaha yang sedikit ini boleh memberikan manfaat kepada masyarakat terutamanya bagi warga SMKE yang terdiri daripada para guru, para pelajar, kakitangan tidak bukan mengajar (KTBM), bekas pelajar dan juga para ibu bapa pelajar.

Untuk pengetahuan, blog ini dibina atas inisiatif penulis sendiri secara sukarela. Oleh yang demikian, mungkin terdapat sedikit sebanyak kelemahan dan kekurangan di dalam blog ini. Walaubagaimanapun, penulis akan cuba seadaya upaya untuk mendapatkan kerjasama pihak sekolah, guru-guru dan para pelajar untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan menarik. Semoga blog ini menjadi medan komunikasi dan sumber maklumat kepada kita semua samada yang masih berada di SMKE atau ditempat-tempat lain.

Disamping itu juga, penulis akan memasukan sebarang isu dan maklumat yang berkaitan dengan SMKE dan Entilibon melalui sumber-sumber yang dinyatakan. Penulis memohon kemaafan sekiranya ada petikan maklumat tertentu yang tidak dimaklumkan. Sekiranya terdapat sebarang persoalandan pandangan, pengunjung yang budiman boleh menghubungi ke alamat email berikut : smk_entilibon@yahoo.com.

Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian akbibat penggunaan maklumat daripada blog ini ini dan juga sebarang ulasan yang tidak bertanggungjawab daripada pengunjung diruangan komen. Walaubagaimanapun, penulis akan cuba mengawal penyebaran maklumat yang tidak bertanggungjawab mengikut kemampuan penulis yang terhad. Untuk makluman pengunjung yang budiman juga, blog ini dibina bukan tujuan berasaskan keuntungan kewangan dan kepentingan peribadi penulis. Sekiranya ada pihak yang bermurah hati untuk membantu SMK Entilibon, bolehlah menghubungkan terus kepada Pengetua, SMK Entilibon.

Semoga pembinaan blog SMK Entilibon yang tidak seberapa ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Sekian, terima kasih.

Salam persaudaraan dari,

Penulis@Admin

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s